Thursday, January 28, 2010

penantian pendaftaran pelajar tingkatan 4......

PRS mula sibuk merangka aktiviti-aktiviti menarik untuk dijalankan dalam minggu silaturahim pelajar tingkatan 4 ambilan pertama 2010...
penat memerah otak...kerana baru sahaja menyelesaikan MSR pelajar tingkatan 1 dengan jayanya....
sekarang perlu bekerja lebih keras lagi kerana pelajar-pelajar yang bakal mendaftarkan diri pada 2 Februari 2010 ini kerana dengar khabar mereka semua hebat-hebat belaka...
Dalam kesibukkan menanti kedatangan pelajar tingkatan 4....ada lagi satu berita menarik!!!!!
SBPI KUBANG PASU dan MRSM KUBANG PASU  telah terpilih mewakili negeri Kedah untuk menjayakan satu pameran yang disertai oleh semua institusi-institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia....
PRS TINGKATAN 4 & 5 YANG AKAN BERTUGAS DI BOOTH SBPIKP!!!
Ini merupakan satu penghormatan bagi PRS SBPIKP kerana pihak sekolah telah meletakkan kepercayaan kepada PRS untuk mewakili pihak sekolah.


                           antara prs yg menyertai kem kursus kepimpinan prs pada tahun 2009...

hubungan baik antara PRS SBPIKP dan PRS SERATAS...


jalinan persahabatan antara PRS SBPIKP dengan PRS IGOP..

Wednesday, January 13, 2010

MIGGU SLATURRAHIM PELAJAR TINGKATAN 1 AMBILAN PERTAMA 2010

Pada hari Isnin bersamaan 11 Januari 2010 yang lalu, Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Berasrama Integrasi Kubang Pasu telah menerima kunjungan 82 pelajar tingkatan 1 dari pelbagai negeri sekitar Malaysia untuk mendaftarkan diri di sini. Persiapan menerima kunjungan mereka telah dibuat dengan rapi dengan bantuan guru kaunseling di sini iaitu En. Jayyid B. Jamaluddin, Pn Liza Hidaya Bt Dawam dan Cik Nor Asma Bt Keria. Usaha Pembimbing Rakan Sebaya di sini amat dihargai semua pihak.

Tuesday, December 8, 2009

Lagu Pembimbing Rakan Sebaya Zon Utara

Selamat tinggal kawan,
Semoga kau berjaya,
Gurau sendamu kawan,
Kekal dalam ingatan,

Andai kau berjaya,
Jangan lupa diri,
Jadikan dirimu padi,
Makin tunduk makin berisi,

Sebaris warna pelangi,
Ku doakan kejayaannu nanti,
Sebersih embun pagi,
Kekal iman di hati,

Andai kau berjaya nanti,
Jangan lupa diri,
Jadikan dirimu padi,
Makin tunduk makin berisi,

Jadikan dirimu padi,
Makin tunduk makin berisi,
Jadikan dirimu padi,
Makin tunduk makin berisi...

LOGO PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI KUBANG PASU



Bentuk Separa Bulat
Prinsip PRS SBPIKP yang mementingkan kemesraan dalam membantu rakan sebaya sejajar dengan motto PRS SBPIKP iaitu Amanah dan Komitmen.

Bentuk Rombus
Berlian. Organisasi PRS SBPIKP yang eksklusif dan kematangan PRS SBPIKP.

Glob
Globalisasi dalam pemikiran untuk menjalankan sesuatu tugas yang diamanahkan.

Molekul
Ikatan antara atom dalam molekul melambangkan keakraban dan kesepaduan PRS SBPIKP dalam mengharungi cabaran dan dugaan bersama.

Warna Ungu
Melambangkan kesempurnaan dan warna rasmi kaunseling kebangsaan

Warna Biru
Warna korporat. Kejituan matlamat ke arah peningkatan produktiviti dan kualiti kerja PRS SBPIKP.

Warna Putih
Melambangkan budi pekerti dan akhlak PRS SBPIKP yang mengamalkan sifat-sifat mahmudah.

Monday, November 23, 2009

SEKAPUR SIRIH



Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan satu alternatif atau pendekatan dalam bidang kaunseling untuk membantu remaja membina perkembangan diri yang positif. PRS ternyata amat penting sebagai satu saluran untuk para pelajar berbincang dan berkongsi sebarang idea atau masalah selain guru bimbingan dan kaunseling.

Pelajar yang terlibat telah terbukti hebat dan berketerampilan hasil segala bentuk latihan dan input yang diberikan. Semua pengetahuan dan pengalaman ini akan dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain yang bukan PRS.

Oleh itu, adalah menjadi harapan Unit Bimbingan dan Kaunseling SBP Integrasi Kubang Pasu PRS menjadi satu kumpulan pelajar yang bergerak aktif, disegani dan menjadi contoh yang baik kepada semua pelajar. PRS juga akan terlibat memberi sumbangan dalam semua program sekolah. Ini untuk membantu meningkatkan kemahiran sosial PRS secara tidak langsung.

Semoga segala usaha yang dilakukan akan menghasilkan sesuatu yang positif dan diberkati oleh Allah SWT. INSYAALLAH...

FALSAFAH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Seseorang PRS haruslah mengikuti Falsafah PRS iaitu "Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain". Dalam usaha membantu rakan, seseorang PRS itu akan mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untu meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, PRS seharusnya berusaha mempertingkatkan kemammpuan diri dari segi ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan.

PRINSIP PRS

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

ETIKA PRS

Seseorang PRS itu haruslah sentiasa patuh kepada etika sebagai:

  • Amanah dan penyimpan rahsia
  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain
  • Memahami batasan dan keupayaan diri
  • Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek
  • Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling
  • Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat agama

TINDAKAN/SUSULAN

Terangkan tindakan atau langkah susulan yang dilakukan. Misalnya, setuju berjumpa kali kedua dan memberi maklum balas tentang perkembangan yang berlaku dalam keluarga atau setuju meneruskan sesi kelompok belajar dua kali seminggu.

PRS perlu bertemu dengan guru bimbingan dan kaunseling secara berkelompok sekurang-kurangnya sekali dalam dua minggu untuk berbincang tentang cara PRS mengendalikan sesi perbincangan dengan rakan. Tujuannya supaya guru bimbingan dan kaunseling mengetahui perkembangan PRS dan seterusnya memberikan bimbingan yang diperlukan.

Sekian, selamat berkhidmat membina budaya ikram di kalangan rakan..!!!

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN PRS

  • Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin, percaya diri, berasa selesa dan berempati.
  • Menerima rakan secara terbuka tanpa syarat.
  • Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum mengambil sesuatu keputusan.
  • Memberi sokongan dan galakan kepada rakan untuk mengambil langkah positif.
  • Mematuhi etika kerahsiaan.
  • Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.